Header Ads

Selamatkan Sekolah Tinggi Melaka

Selamatkan Sekolah Tinggi Melaka
Isu terpanas di negeri Melaka kini ialah cadangan merobohkan dan memindahkan Sekolah Tinggi Melaka ke kawasan baru. 

Cadangan ini di utarakan kerana kedudukanSekolah Tinggi Melaka atau Malacca High School (MHS) terletak ditengah-tengah kawasan hotel dan kehadirannya menyebabkan kesesakan.

Tapi aku sebagai pelajarSekolah Tinggi Melaka dari tahun 1987 – 1994 merasakan tindakan tersebut amat merugikan dari segi sejarah sekolah ini.  Sekolah Tinggi Melaka telah ditubuhkan pada tahun 1826 dan merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia. 

Selamatkan Sekolah Tinggi MelakaSekolah Tinggi Melaka telah melahirkan ramai nama-nama gah samada dalam negeri atau pun di luar negara.

Tak perlu rasanya aku menerangkan sejarah Sekolah Tinggi Melaka ini kerana namanya sahaja memang cukup dikenali samada dari segi akademik mahu pun kokurikulumnya.

Sepanjang 7 tahun aku berada di Sekolah Tinggi Melaka ini, pelbagai pengalaman yang aku perolehi malah tahun terakhirku di Sekolah Tinggi Melaka aku memegang jawatan editor majalah Optmist.

Satu kejayaan termanis aku dimana namaku diselit kronologi editor Majalah Optimist Sekolah Tinggi Melaka. Itulah legasi peninggalanaku di Sekolah Tinggi Melaka.

Sekolah Tinggi Melaka juga unik kerana bangunan-bangunan sekolahnya dan beberapa alatan bersejarah memberi nostalgia kepada peminat sejarah. Melawat Sekolah Tinggi Melaka bermakna anda memperolehi ilmu sejarah penubuhan sekolah ini yang cukup panjang lebar.

Dan kini ia akan dirobohkan atas alasan perkembangan zaman dan kedudukan Sekolah Tinggi Melaka ini tidak sesuai lagi. Adakah kita sanggup mengorbankan sejarah dan kegemilangan sekolah ini hanya alasan sedemikian.

Kini kami alumni tidak rasmi Sekolah Tinggi Melaka akan menentang habis-habisan cadangan yang mengarut ini. Malah beberapa rakan kami akan mebuat petisyen dan himpunan aman  supaya cadangan ini jangan ditimbulkan lagi.

Selamatkan Sekolah Tinggi Melaka

3 comments

Farah Waheda Wahid said...

sekolah ni historical kann??? baik diaorang fikir balik sebelum nak robohkan... hu hu hu...

Normi Nieza said...

sayangnya klu drobohkan..huhu

Engku Muzahadin said...

Sek lama mcm ni patut dipuliha bukannya diroboh, one fine day boleh jadi tapak warisan negara... But, besalah, org trtentu lbh pikir keuntungan...