Header Ads

Sultan Perkenan Abdul Khalid Ibrahim MB Selangor

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan kepada beliau untuk meneruskan tugas sebagai menteri besar.

Baguslah macam tu tapi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim harus melalui satu lagi ujian getir iaitu mendapatkan sokongan ADUN pula.


Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu menunjukkan bukti bahawa beliau mendapat sokongan majoriti sebelum kekal sebagai Menteri Besar Selangor walaupun telah mendapat perkenan sultan.

“Betul dari segi undang-undang , bukan saja Undang-undang Tubuh malah dalam Perlembagaan turut dinyatakan. Beliau boleh lantik tidak kurang dari empat tapi tidak lebih 10 (Exco). Maknanya, kalau dah ada empat orang, sudah boleh lah (mentadbir). 

 “Tapi sebelum itu, kena ada majoriti sokongan Adun iaitu sekurang-kurangnya 29 sokongan dan kedua baru boleh lantik yang empat orang itu,” katanya kepada Hanif Idrus , hari ini. 


Dalam sidang media khasnya hari ini, Abdul Khalid menyebut bahawa Artikel 53 (2) (b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan supaya Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), mesti sekurang-kurangnya empat orang ahli ataupun sehingga 10 orang ahli. 

 “Oleh kerana Pas telah menyatakan sokongan dan telah memberitahu media bahawa keempat-empat ahli Pas akan bersama-sama dalam Exco kerajaan negeri di bawah kepimpinan saya, maka saya boleh meneruskan mesyuarat Exco kerajaan negeri,” kata Abdul Khalid. 

Namun menurut Aziz Bari, sekiranya PR dapat mengemukakan 29 Adun yang menolak Abdul Khalid, Abdul Khalid perlu berundur dari jawatan menteri besar.

No comments