Templates Baru Koleksi Drama Terhebat - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Templates Baru Koleksi Drama Terhebat

Templates Koleksi Drama Terhebat

Koleksi Drama Terhebat adalah salah satu blog yang menyusun koleksi drama Slot Akasia TV3 yang aku buat. 

Dulu aku selalu susun siri Slot Akasia dalam blog Hanif Idrus tetapi bila difikirkan , lagi baik kalau aku buat blog khusus untuk siri drama Slot Akasia ini. 

Lagi pun masa yang digunakan untuk buat satu artikel  drama makan masa dalam maksimum 7- 10 minit. 

Selain itu tujuan aku buat blog Koleksi Drama Terhebat kerana aku percaya dalam jangka masa panjang ia akan memberi pulangan kewangan melalui iklan yang tepek di blog ini.

Templates Koleksi Drama Terhebat

Setakat ini pulangan kewangan masih sedikit sebab baru 3 bulan blog ini beroperasi. 
Dan hari ini aku membuat sedikit perubahan mengubah templates ini.

Tujuan agar pembaca mudah mencari maklumat semua episod-episod terkini dan terdahulu. Selain itu templates ini juga bersifat blog responsif berkemungkinan besar boleh menaikkan trafik blog ini.

Selalulah jenguk ke blog Koleksi Drama Terhebat dimana setakat ini terdapat 4 siri drama Slot Akasia dalam koleksi kami.

No comments: