Header Ads

Ello Laman Sosial Anti Facebook

Ello Laman Sosial Anti Facebook

Nampaknya dah muncul sebuah lagi laman sosial yang baru iaitu Ello yang bersifat bebas dan tiada iklan.

Sebuah lagi laman sosial selain Google + dan kini Ello membuat facebook memang tak senang duduk sejak kebelakangan ini. Tetapi aku jangkakan facebook tetap kekal terbaik!!

Dalam masa beberapa hari sahaja, laman jaringan sosial baharu, Ello yang disifatkan sebagai anti-Facebook kerana mengutamakan privasi dan menolak iklan, menjadi viral di internet.

Dicipta sebagai rangkaian sosial "persendirian" pada tahun lalu, Ello (www.ello.co) membuka pintunya kepada umum baru-baru ini menerusi undangan.

Permintaan tinggi berbanding bekalan menyebabkan undangan Ello dijual di laman lelongan eBay pada harga mencecah AS$500 (RM1,629).

Menurut beberapa laporan, Ello menerima sehingga 35,000 permintaan keahlian pada setiap jam selepas popularitinya melonjak di internet sejak seminggu lalu.

Ello popular antara lain kerana ia menolak ciri-ciri yang tidak digemari oleh pengguna Facebook.

"Ello tidak menjual iklan. Kami juga tidak menjual data anda kepada pihak ketiga," menurut syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Beribu pejabat di Vermont, Amerika Syarikat, Ello dilancarkan oleh sekumpulan artis dan pengatur cara komputer diketuai oleh Paul Budnitz.

Beliau sebelum ini mempunyai pengalaman termasuk mereka bentuk basikal dan robot.

"Ello direka supaya ia ringkas, cantik dan bebas iklan," kata Budnitz di laman jaringan sosial berkenaan.

No comments