Integriti Guru Tercabar Kerana UPSR - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Integriti Guru Tercabar Kerana UPSR

Integriti Guru Tercabar Kerana UPSR

Berkongsi luahan dari Whats Apps Rakan Seorang guru:

Assalaamaulaikum. Hari ini dilaporkan lagi kertas soalan Matematik dan Bahasa Tamil pula bocor. Adakah kerana terdesak dengan KPI sehingga menghalalkan cara atau kerana wujudnya rasuah. Tragedi dalam pendidikan ini sebenarnya ada baik dan buruknya. 

Baiknya kerana dengan kejadian ini sistem keselamatan kertas soalan pemeriksaan pada masa akan datang akan dipertingkatkan. 

Pertama ianya memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tindakan membocor soalan ini adalah satu kesalahan jenayah dan boleh disiasat dibawah Akta Rahsia Rasmi. Boleh ditangkap dan dipenjarakan. 

Kedua pelajar yang cemerlang dalam UPSR sememangnya cemerlang dan yang terbaik. Dari segi keburukkannya pula. Integriti Jabatan Pendidikan akan dipersoalkan oleh masyarakat. 

Ketiga kecemerlangan pelajar terdahulu sebelum ini mungkin boleh dipersoalkan. Terdapat pelajar yg cemerlang di peringkat rendah tetapi tiba tiba gagal cemerlang di peringkat menengah. 

Keempat kesan psikologi kepada pelajar UPSR tahun ini dan mungkin boleh menyebabkan trauma kepada yg telah bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran sebelum ini. Saya melihat anak saudara saya kini dalam keadaan keletihan dan muram dengan apa yang berlaku. 

Segala perancangan terpaksa dibatalkan. Diharap dengan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak PDRM ini kita akan ketahui siapa sebenarnya yang terlibat dan dituduh di mahkamah. Ramai yang mengatakan bahawa integriti para guru akan tercalar dengan kejadian ini. 

Tapi bagi saya selagi tidak dibuktikan seseorang itu bersalah maka kita tidak boleh mempertikaikan kredibiliti mana mana pihak. Tapi jika ada guru yg didapati terlibat dan dituduh, saya tidak menganggap bahawa integriti perguruan tidak boleh dipercayai. Bukan semua terlibat. 

Hanya segelintir sahaja. Kebaikannya Sekurang kurangnya dengan kejadian ini tahap integriti perguruan sentiasa berada ditahap yg terbaik dan boleh dipercayai. Jangan kerana nila setitik maka rosak susu sebalanga. Mana mana Jabatan pun menghadapi masalah yang sama. Apapun Diharap kejadian ini yang terakhir berlaku.

1 comment:

Aziela said...

Saya harap minggu hadapan tiada pula pengumuman kertas Bahasa Melayu pula yang bocor. Kami dah letih dan sedih.