Malaysia Kalahkan Laos Di Sukan Asia 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Malaysia Kalahkan Laos Di Sukan Asia 2014

Malaysia Kalahkan Laos Di Sukan Asia 2014

Skuad bola sepak bawah 23 tahun mengutip tiga mata penuh hari ini selepas menewaskan Laos 4-0 pada perlawanan kedua kumpulan A yang berlangsung di Stadium Ansan Wa di sini hari ini.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee dilihat menguasai permainan pada minit awal perlawanan dan kesemua pemain Laos berkampung dalam kawasan mereka bagi menutup peluang Malaysia menjaringkan gol.

Namun Malaysia dihadiahi sepakan percuma yang disempurnakan Mohammad Fandi Othman sebelum ditanduk masuk pemain pertahanan, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-12 untuk gol pertama Malaysia.

Selepas jaringan itu, Laos mula mengatur gerakan dan melakukan beberapa percubaan ke arah gawang Malaysia namun berjaya dipatahkan barisan pertahanan.

Laos hampir menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-35 menerusi gerakan solo Vilayout Sayyabounsou namun berjaya ditepis keluar penjaga gol negara, Mohd. Farhan Abu Bakar.

Selepas mendapat suntikan semangat semasa waktu rehat, permainan separuh masa kedua bermula rancak dan seimbang apabila kedua-dua pasukan mula menguji gawang lawan masing-masing.

Namun peluang pada minit ke-59 disia-siakan Mohd. Nor Farhan Muhammad yang hanya berdepan dengan penjaga gol Laos namun gagal menyempurnakan hantaran lintang rakan sepasukan.

Kesilapan pemain pertahanan Laos yang gagal melakukan ’clearance’ mengundang padah apabila membuka ruang kepada Malaysia menjaringkan gol kedua menerusi gerakan pemain gantian Gary Steven Robbat yang ditanduk masuk Mohd. Nor Farhan pada minit ke-75.

Tiga minit kemudian, Mohamad Fandi Othman menyudahkan tendangan ’backheel’ daripada Mohd. Nor Farhan untuk gol ketiga negara.

Hanya satu sentuhan selepas tendangan gol dari Mohd. Farhan membuahkan hasil menerusi Muhammad Ferris Danial Mat Nasir selepas melakukan tendangan leret ke arah gawang Soukthavy Soundala pada minit ke-81.

Malaysia akan berdepan Arab Saudi manakala tuan rumah Korea Selatan akan menentang Laos pada aksi terakhir peringkat kumpulan, 21 September ini.









No comments: