Header Ads

Neelofa Curi Design Tudung

Neelofa Curi Design Tudung
MINGGU ini dunia seni agak panas dengan tercetusnya pelbagai kontroversi dalam kalangan selebriti tempatan.

Isu pengacara jelita, Neelofa yang dituduh meniru rekaan tudung seorang designer.

Perkara itu tercetus apabila pemilik nama  Noor Neelofa Mohd Noor ini memuat naik video tutorial tudung yang menunjukkan cara menggayakan tudung rekaan syarikatnya di laman sosial Instagram miliknya.

Bagaimanapun, selepas tutorial tudung di bawah label Neelofar Hijab itu dimuat naik, seorang individu telah menulis komen mendakwa rekaan tudung tersebut adalah miliknya.

Lebih memburukkan keadaan, selepas komen tersebut ditinggalkan, juara Dewi Remaja 2009/10 ini dikatakan telah menyekat akaun Instagram pemilik rekaan tudung tersebut daripada menjadi pengikutnya.

Rentetan isu ini, pemilik rekaan tersebut tampil membuat kenyataan di sebuah portal berita tempatan dan meminta Neelofa membuat penjelasan mengenai perkara itu.

Malah usaha Zass untuk mendapatkan kenyataan Neelofa ketika majlis tayangan perdana filem Dollah Superstar baru-baru ini gagal, apabila pengacara Meletop ini  bertindak pulang awal tanpa bertemu media.

Mungkin teraju utama filem Lemak Kampung Santan ini ada alasan tersendiri, apa pun, Zass turut mengharapkan agar Neelofa tidak terus berdiam diri.

Aku tepek video ini... tak kena mengena dengan tudung neelofa ..hehehehehe

1 comment

gina said...

Cantik, tapi kurang menutup dada.hehe