Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka

Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka
SEORANG pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) maut apabila dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah Mahkota Parade, Melaka, pagi tadi.

MELAKA: Seorang pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) maut apabila dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah Mahkota Parade, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian jam 5.35 pagi, Anas Tawi, 55, sedang mengutip sampah di belakang bangunan pusat beli-belah itu dan tidak sempat melarikan diri ketika palang besi kren berkenaan jatuh secara tiba-tiba.
Akibat dihempap, mangsa yang juga warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Rakan sekerja mangsa yang juga kelindan lori berkenaan, Sabari Bidin, 45, berkata dia hanya mampu melihat dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas.
Katanya, beliau ketika itu sedang berada di belakang lori dan nampak besi kren jatuh sebelum menghempap mangsa.

"Rasa pilu dan sedih melihat rakan yang sudah lebih 30 tahun bekerja dengan SWM terkorban dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut
Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka

Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka

Gambar Pemandu Lori Dihempap Kren Di Melaka

1 comment:

gina said...

Kasihan sekali, turut berduka.