Header Ads

Penjenayah Paling Seksi

Penjenayah Paling Seksi

Stéphanie Boudoin secara tiba-tiba menjadi popular dan digelar ‘penjenayah wanita paling seksi di dunia’ selepas sebuah akhbar di Montreal, Kanada menyiarkan gambarnya berbikini.

Stephanie ditangkap bulan lalu di Vicoriaville, Kanada, atas tuduhan memecah masuk 42 rumah di kawasan berkenaan.

Pihak berkuasa Kanada percaya jelitawan berusia 21 tahun itu bekerjasama dengan tiga gadis bawah umur berusia 13, 15 dan 17 tahun untuk merompak penduduk di kawasan Athabaska dan Maple.
Penjenayah Paling Seksi

Pelajar kejururawatan itu dan rakannya didakwa memasuki rumah mangsa menggunakan pintu belakang atau tingkat bawah tanah.

Minggu lalu, pendakwa raya memfailkan lebih banyak tuduhan ke atas Stephanie, menjadikan jumlah tuduhan dihadapinya kepada 114.

Dia akan didakwa merompak, menerima barang curi serta memiliki dan menyimpan secara haram sembilan senjata api.

Polis menemui senjata berkenaan di belakang kereta Mitsubishi Lancer miliknya.

No comments