Header Ads

Slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Slot Akasia yang dijangka akan lebih meletup nukilan Acik Lana iaitu Maaf Jika Aku Tak Sempurna telah  pun memasuki pawagam Slot Akasia

Drama rantaian 32 episod Maaf Jika Aku Tak Sempurna  Zeel Production yang diarahkan Shuhaimi Lua dan nukilan skrip oleh Mufid Shuhaimi Bahaudin ini menampilkan pelakon-pelakon popular tanah air seperti Fahrin Ahmad, Sara Ali, Tasha Shilla, Amy Mastura, Ika Nabila dan ramai lagi. 
 
Slot Akasia Maaf Jika Aku Tak SempurnaDrama Maaf Jika Aku Tak Sempurna ini mengisahkan tentang dua hati yang mencari satu cinta. Luqman (Fahrin Ahmad), seorang graduan luar negara, berkerja sebagai pengawal peribadi Melina (Sara Ali) dalam mengawal setiap tingkah laku Melina atas permintaan orang tuanya, Datuk Zakri (Zamarul Hisham) dan Datin Maziah (Amy Mastura). 
 
Melina membesar di keluarga yang kaya tetapi gemar bersosial dengan rakan-rakan kolejnya, Melina selalu menghabiskan masa di kelab dengan kawan-kawannya dan balik ke rumah lewat malam dalam keadaan mabuk. Namun, Melina masih mampu menjaga harga dirinya. 
 
Luqman masih menunggu panggilan untuk berkerja di tempat yang dia mendapat biasiswa. Sementara itu, dia menolong ibu bapanya, Pak Rashid dan Mak Alia di kebun. Sarah menyimpan perasaan terhadap Luqman sejak kecil dan dia cuma akan menerima pinangan daripada Luqman. 
 
Slot Akasia Maaf Jika Aku Tak Sempurna
Datuk Zakri sudah hilang sabar dengan sikap Melina dan dia mula menyekat sumber kewangan. Datuk Zakri telah berjumpa dengan kawan lamanya, Pak Rashid kerana mahu meminta tolong daripada Luqman. 

Luqman terkejut apabila Datuk Zakri memintanya menjadi pemandu dan pengawal peribadi untuk anaknya, Melina. Luqman menerima tawaran Datuk Zakri walaupun masih tertanya-tanya tentang tujuan sebenar Datuk Zakri. 
 
Melina membantah dengan tindakan ayahnya. Melina menganggap Luqman sebagai orang kampung yang mahu mengambil kesempatan atas kekayaan keluarganya. 

Suatu hari, Datuk Zakri meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Datuk Zakri telah meninggalkan wasiat supaya Melina dikahwinkan dengan Luqman. Mampukah Luqman membuktikan cintanya kepada Melina tambahan pula dengan kemunculan Zieta yang ingin merobohkan rumah tangga mereka?

No comments