Header Ads

UPSR Sains 2014 Bocor

UPSR Sains 2014 Bocor

Kasihan aku pada pelajar-pelajar UPSR tahun kerana terpaksa mengambil kertas peperiksaan Sains yang ditunda pada 30 September gara-gara soalan bocor!!

Sepatutnya mereka semua dah planning berjalan lusa ini meraikan tamatnya peperiksaan UPSR  tapi terpaksa menunggu 2 minggu lamanya semata-mata kertas UPSR ini.

Siapa ler mamat/minah yang bocorkan soalan ini, ini mesti kerja orang dalam!!
Tapi ini juga menunjukkan kelemahan sistem Kementerian yang gagal membendung siolan bocor ini.

Kertas Peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 yang dijadualkan berlangsung pada Khamis ditangguhkan pada 30 September kerana didapati bocor.

Menurut kenyataan media Lembaga Peperiksaan (LP) yang dikeluarkan hari ini, Pengarah Peperiksaan Dr Na'imah Ishak berkata siasatan awal mendapati kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar menerusi media sosial.

"Lembaga Peperiksaan memaklumkan bahawa kertas peperiksaan Sains 018, 028, 038 bagi UPSR tahun 2014 yang dijadualkan pada 11 September 2014 ditangguhkan.

"Tarikh baharu bagi peperiksaan Sains 018, 028, 038 adalah pada 30 September 2014," kata Dr Na'imah.

Ujarnya, Lembaga Peperiksaan juga telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.


UPSR Sains 2014 Bocor
Contoh Soalan Bocor

No comments