Wajarkah Anggota PPS Di Tangkap - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Wajarkah Anggota PPS Di Tangkap

Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap

Kecoh dengan  PPS yang buat perarakan hari kebangsaan dengan pasukan peronda khas mereka. semasa perarakan Hari Kebangsaan Malaysia di Pulau Pinang tempoh hari.

Gah mereka dengan pakaian ungu mereka berarak dengan bangganya..hehehehehe. Tapi akhrnya di tahan oleh polis kerana ia dianggap pertubuhan ini jika tidak dibendung ia akan melebihi kuasa polis pula.

Hampir 200 anggota Pasukan Pertubuhan Sukarela (PPS) ditahan polis ketika menyertai sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri di Padang Kota Lama, di sini pagi ini. Kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai di sini untuk diambil keterangan. 

Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu dan menambah, mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966. 

Kumpulan tersebut berarak melepasi tetamu VIP semasa sambutan di Esplanade kira-kira pukul 10.10 pagi Ahad. 

Sebaik saja mereka tiba di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Lebuh Light, kira-kira 50 anggota polis mengiringi mereka ke balai polis berdekatan. Kelihatan beberapa anggota polis sedang mengawasi Balai Polis Lebuh Pantai dan beberapa buah trak polis turut diletakkan di luar perkarangan balai polis tersebut. Beberapa wakil rakyat juga dilihat berada di sana.

Tindakan menubuh PPS oleh Rejim DAP di Pulau Pinang adalah suatu perbuatan ultra vires (di luar bidangkuasa) pentadbiran Negeri Pulau Pinang.
Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap2.Penubuhan sesuatu Pertubuhan atau Pasukan Keselamatan perlulah berasaskan Undang-Undang yang termaktub dalam Perlembagaan atau sesuatu Akta yang telah diluluskan oleh Perlimen Malaysia.
3.Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa mutlak dan tidak ada kuasa menggubal dan meluluskan sebarang Enakmen negeri bagi menghalalkan pertubuhan haram PPS yang telah ditubuhkan oleh Rejim DAP di Pulau Pinang.
4.Kuasa perundangan DUN Pulau Pinang dalam hal ini tidak tersenarai dalam Jadual ke Sembilan (Senarai Negeri/Senarai bersama) yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia.
Mengikut konsep Ketertinggian Perlembagaan Malaysia yang keramat ini (The Constitution of Malaysia is supreme), mana-mana undang-undang Negeri yang digubal oleh DUN yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia akan terbatal.
Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap
5.Dalam hal ini, penubuhan PPS secara haram di Pulau Pinang, Rejim DAP bolehlah dianggap sebagai pemberontak kerana telah merampas kuasa PDRM.
6.Pihak PDRM hendaklah mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang telah pun mengaku bertanggung jawab atas Pertubuhan haram PPS ini dan bawa mereka ini ke muka pengadilan, dan janganlah biar mereka terus beroperasi dan mengganas terhadap orang awam.

Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap

Padan Muka Anggota PPS Di Tangkap

1 comment:

Pilihan Sukan said...

Penangkapan yang masih misteri....