Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB

Member aku ada kasi gambar pasal ada budak melecur curi kabel di TNB Melaka. So aku cari maklumat ler sikit dan tepek gambar yang member aku kasi.

Seorang lelaki berusia 39 tahun melecur hampir 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad di Bachang.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam selepas lelaki berkenaan berlari sambil menjerit meminta pertolongan di sebuah warung berhampiran pencawang terbabit.

Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Low Liang Seong berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.16 petang dan seramai sembilan anggota bersama masing-masing satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi.

"Ketika sampai jam 1.24 petang, kita dapati mangsa yang badanya melecur 80 peratus terbaring berhampiran sebuah warung yang berada berdekatan dengan pencawang TNB.

"Mangsa yang dipercayai terkena renjatan elektrik diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan hentera EMRS untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini.

Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB

Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB

Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB

Gambar Lelaki Melecur Teruk Curi Kabel TNB
Inilah pencawang yang dicuri

No comments: