Header Ads

Jadual Peperiksaan UPKK 2014

Jadual Peperiksaan UPKK 2014

Tahun ini anak aku akan ambil peperiksaan UPKK 2014 yang akan bermula Isnin ini ( 13/10/2014). Mak dia bercita-cita hendak memasukkan anak perempuan dia ini ke Sekolah Sharifah Rodziah.

Sekolah ini memerlukan pencapaian UPKK dan UPSR yang cemerlang baru boleh masuk. Tapi aku bersyukur bukan kerana anak aku ini ditekankan berkenaan soal agama ini tetapi atas didikan isteri aku dia dah 7 kali khatam Quran.

Kalau zaman aku ini, masih terkial-kial nak baca muqaddam..hehehehehe.

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) wajib diduduki oleh murid Tahun Lima KAFA dan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh JAKIM dari semasa ke semasa.Kertas ujian dan skema pemarkahan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) disediakan oleh panel yang ditetapkan oleh JAKIM. BIDANG PENILAIAN Bidang-bidang yangdinilai dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) ialah:

1. Al-Quran;
2. Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah);
3. Sirah;
4. Adab (Akhlak Islamiyah);
5. Jawi dan Khat;
6. Asas Lughatul Quran;
7. Penghayatan Cara Hidup Islam; dan
8. Amali Solat.

SYARAT KELAYAKAN Syarat kelayakan menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK)
adalah seperti yang berikut:
1. mengikuti KAFA sekurang-kurangnya tiga tahun;
2. murid Tahun Lima KAFA; dan
3. berdaftar untuk menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Sumber maklumat

Berikut merupakan Jadual waktu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2014

Jadual Peperiksaan UPKK 2014

1 comment

Jazz Lover said...

Time saya dulu tak ada pulak.