Header Ads

Jambatan Kaca Suspensi Di China

Jambatan Kaca Suspensi Di China
Sepasukan jurutera membina sebuah jambatan kaca yang menghubung dua lereng bukit setinggi 180 meter di daerah Pingjiang dalam wilayah Hunan, tenggara China, lapor Metro Online kelmarin.

Jambatan sepanjang 300 meter ini berbeza daripada sebuah lagi jambatan gantung di wilayah Hebel kerana struktur tersebut berbuai apabila ditiup angin.
Jambatan Kaca Suspensi Di China

Seorang wanita tempatan, Yun Ku, 23, berkata, dia teruja apabila berpeluang menyeberangi jambatan kaca itu.

“Pada awalnya, saya tidak berasa apa-apa tetapi kaki saya longlai selepas berjalan kira-kira 100 meter di atas jambatan tersebut,” kata Ku.

Bantuan kakitangan yang dilatih khas turut disediakan bagi membantu pengunjung untuk menyeberangi jambatan tersebut.

No comments