Header Ads

Kemaluan Di Potong Cubaan Merogol

Kemaluan Di Potong Cubaan Merogol

Seorang lelaki yang ditangkap ketika cuba memperkosa gadis belasan tahun kini tenat di hospital selepas kemaluannya dipotong orang ramai menggunakan pisau pemotong daging.
Suresh Kumar ditangkap di Ganganagar di Rajashtan, negeri di barat laut India selepas penduduk tempatan mendengar jeritan mangsa meminta tolong.

Selepas mendapati lelaki berusia 40 tahun itu memeluk gadis terbabit, orang ramai mengheretnya ke kedai menjual daging dan memukulnya dengan kayu selama sejam sebelum memotong kemaluannya.

Kemaluan Di Potong Cubaan Merogol
Mereka kemudian membuang kemaluan itu di tengah jalan raya dan membiarkan Kumar meraung kesakitan.

Saksi, Aamir Dhawan, 30, berkata, tidak ada orang yang datang membantu lelaki itu kerana mereka tahu dia dihukum kerana jenayah seks.

“Keganasan terhadap wanita sudah berleluasa di negara ini dengan mangsa diperkosa dan digantung.

“Sudah tiba kita bertindak mengajar mereka yang terbabit,” kata Aamir.
“Kejadian ini akan menjadi mesej kepada sesiapa - jika anda melakukannya, anda akan akan dihukum.”

Bagaimanapun polis berhasrat menangkap orang yang terbabit menghukum Kumar.
“Mereka tidak boleh bertindak sesuka hati. Negara ini ada undang-undang
“Kami meminta mereka yang menyerang Suresh menyerah diri sebelum kami menangkap mereka,” kata jurucakap polis tempatan.

Kumar dibawa ke hospital dan keadaannya dikatakan tenat sementara gadis yang cuba dirogolnya diberi kaunseling.

Kemaluan Di Potong Cubaan MerogolNasib yang menimpa Kumar menyusuli beberapa jenayah seks ganas yang berlaku di India sejak kebelakangan ini.

Julai lalu, seorang lelaki mati dibunuh sementara dua lagi parah selepas mereka dituduh merogol dan menggantung seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun.

Mangsa ditemui tergantung pada pokok di sebuah kampung di Benggala Barat.
Penduduk kampung yang berang menyerang seorang lelaki ‘alim’ dan dua rakannya sebelum memukul mereka.

Kejadian itu berlaku beberapa minggu selepas dua adik beradik diperkosa dan digantung pada pokok di kampung mereka di Badaun, Uttar Pradesh.

No comments