Header Ads

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Tempoh hari aku dapat e-mail dari SPA untuk ambil PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41.

Aku ingatkan kena pergi temuduga tetapi kena ambil peperiksaan online. Kalau macam tu boleh ler..hehehehee.

Aku sebenarnya dah hilang minat nak kerja kerajaan sebab umur pun dah lanjut dan gaji yang diberikan pun rasanya tak berbaloi kot.

Tetapi jawatan PTD ini adalah jawatan yang aku memang idam semenjak keluar universiti dulu.

Apa itu Pegawai Tadbir Dan Diplomatik  (PTD)
Menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah. Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri. Proses pemilihanya kalu dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang bekal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon menjadi Pegawai Tadbir Diplomatik. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan ptd, mungkin ada masalah dengan kelulusan anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain, anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca itulah persediaan utuh untuk menjawat jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessement Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang seterusnya iaitu PTD Assessment Centre (PAC). PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temu duga dan lantikan ke jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik

Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel ptd untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka, tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

Jadual Gaji Dan Deskripsi Tugas
Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
Kem./Jab.: Jabatan Perkhidmatan Awam
Syarat Lantikan:
Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,253.00 ] atau

Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,564.14 ] atau

Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,875.48 ] dan

lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan;
hadir dan lulus kursus Diploma Pengurusan Awam anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); dan
memiliki Diploma Pascasiswazah Pentadbiran Awam daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
 
Deskripsi Tugas:
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.





2 comments

MG schmidt said...

sama! MG pun dapat
sama! MG pun takde ati sgt dah nk in gomen since lg 5 taun nk 30
mesti diorg nk yg fresg grad kan? :)
tp tkpel
kita try je ..klau rezki kita
sapa tau kan ? :)
gudluck nnti ^__^

zool said...

Baguslah tu...
boleh cuba je.. mana tau boleh dapat ke nanti...