Header Ads

Tarantula Bersaiz Tapak Tangan Ditemui

Tarantula Bersaiz Tapak Tangan Ditemui
Seorang saintis menemui seekor Tarantula sebesar saiz tapak tangan seorang dewasa sewaktu meneroka hutan hujan Amazon di Guyana.

Menurut pakar serangga, Piotr Naskrecki, labah-labah itu ditemui di trek laluan pejalan kaki sewaktu dia menjelajah hutan itu.

“Saya boleh dengar dengan jelas saat kakinya menyentuh tanah. Saya juga boleh dengar bunyi daun kering seolah dipijak dengan sesuatu sewaktu binatang tersebut bergerak.

“Saya arahkan kamera saya ke arah bunyi tersebut, saya ingat saya mungkin akan terserempak dengan mamalia kecil, mungkin tikus hutan atau tupai,” jelasnya seperti yang dipetik melalui portal Metro.co.uk.

Namun apa yang ditemui ialah seekor tarantula sebesar saiz tapak tangannya.

Tarantula Bersaiz Tapak Tangan Ditemui
“Labah-labah jenis itu mungkin merupakan satu-satunya tarantula yang menghasilkan bunyi ketika bergerak.

“Kakinya yang keras telah menghasilkan bunyi ‘klik’ yang aneh, tidak banyak bezanya dengan bunyi tapak kaki kuda di atas tanah,” tambahnya.

Tarantula yang ditemui Naskrecki merupakan jenis Goliath birdeater merupakan spesis labah-labah kedua terbesar pernah direkodkan dan hanya dijumpai di bahagian utara selatan Amerika, Utara Brazil dan bahagian selatan Venezuela.

Spesis ini dikatakan boleh menyerang dan memakan burung kelicap.

Ia mempunyai kepanjangan kaki yang boleh mencecah sehingga 30 cm dan beratnya pula boleh menyamai seekor anak anjing.

1 comment

luthfi said...

Besarnya, apakah beracun?