Header Ads

US Gagal Sekat IS

US Gagal Sekat IS

Nampak gaya serangan Amerika Syarikat masih tidak berjaya menyekat kemaraan IS. Apabila IS berjaya kuasai ibu pejabat Kurdis ia seolah-olah memberi tamparan hebat kepada Amerika Syarikat.

Aku yakin Amerika Syarikat terpaksa juga menghantar tentera infrantri/darat mereka jika mahu menyekat kemaraan IS.

Kekejaman IS tidak berjaya mengurangkan sokongan pejuang luar untuk menyertai IS. Malah pejuang luar beria-ria mahu berjuang bersama IS.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) berjaya merampas ibu pejabat Kurdis di bandar Kobane berhampiran sempadan Syria kelmarin.

Penguasaan militan IS selepas bertempur dengan pejuang Kurdis itu menimbulkan kebimbangan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa kemungkinan berlaku lagi pembunuhan beramai-ramai.

Pejuang bersenjata Kurdis ternyata gagal menyekat kemaraan IS meskipun pesawat tentera Amerika Syarikat telah melakukan serangan udara ke atas militan berkenaan sejak tiga minggu lalu.

Turki pula setakat ini tidak melakukan apa-apa tindakan sebaliknya hanya bersiap sedia di kawasan sempadan negara itu.


Sebanyak 31 orang tentera Kurdis dilaporkan terbunuh dalam pertempuran mereka mempertahankan bandar Kobane.

Menurut Badan Pemantau Hak Asasi Manusia, militan IS yang kini menguasai 40 peratus bandar Kobane dikatakan hanya berada sekitar 1.3 kilometer dari kawasan sempadan Turki.

“Rampasan ibu pejabat Kurdis memberi kelebihan kepada IS untuk mara ke pos sempadan Turki di utara bandar itu,” kata pengarah badan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

“Jika mereka berjaya selepas itu, mereka akan menewaskan sepenuhnya tentera Kurdis di Kobane,” katanya.

Dalam pertempuran itu, militan IS turut menggunakan taktik pengebom berani mati dalam sebuah kereta di barat ibu pejabat Kurdis dan membunuh dua tentera manakala sera­ngan di sebelah selatan bandar itu menyebabkan 10 penduduk Kurdis terbunuh

1 comment

Kathy R'bain said...

kathy singgah jenguk hanif..

kathyrbain.blogspot.com