Header Ads

Bila Masanya Tanpa Updated Blog, Trafik Masih Meningkat?

Bila Masanya Tanpa Updated Blog, Trafik Masih Meningkat?


Bila masanya anda tidak perlu lagi membuat post tapi trafik kekal tanpa jatuh dan kadangkala ia meningkat walaupun ada tidak membuat artikel selama seminggu, dua minggu atau lebih!!!

Pelikkan statement ini...hahahahaa.
Tapi benar, menurut mitos dalam dunia blogging, seseorang tidak perlu kerap updated blog jika post/artikel mereka telah mencapai 4000 post.

Kenapa perlu 4000, cukuplah sekadar 2000 atau 1000 post. Penjelasannya ialah kuantiti 4000 post adalah satu jumlah yang logik.

Dengan 4000 buah post yang telah di indeks maka terdapat 4000 post di enjin carian dengan pelbagai topik menanti diklik oleh pembaca melalui carian enjin carian. 

Pada ketika ini melalui 4000 buah post, trafik terbesar anda mestilah dari enjin carian sekurang-kurangnya menyumbang 75% trafik harian.

Pernahkah anda alami pengalaman, setiap hari anda membuat post tetapi trafik anda datangnya dari post-post terdahulu. Post terbaru anda tidak menyumbang trafik yang tinggi.

Jika anda mempunyai 4000 buah post, trafik terbesar dari enjin carian dan post-post lama sering memberi trafik maka anda tidakperlu membuat post secara harian. Cukuplah sekadar 2 post seminggu.

TETAPI melalui tindakan ini secara tak langsung akan memberi impak kepada Alexa ada. Alexa anda akan menurun secara konsisten seiring dengan kekurangan post harian anda.

Sebagai contoh Alexa saya dah melebihi 400,000 dari 200,000 akibat pengurangan aktiviti membuat post. Trafik tetap kekal dengan jumlah yang konsisten tapi malangnya Alexa menjadi pengorbanan.

Itulah manisnya tentang dunia blogging, pagerank, trafik dan Alexa sering bertentangan sehingga kita terikat dengan undang-undangnya. 

Tetapi tanpa indek pengukur ini maka hilanglah arah tujuan kita berblogging. Manusia sentiasa perlu tekanan dan Pagerank dan Alexa adalah tekanannya..huhuhuhuhu.

2 comments

NJihe.am said...

Salam singgah, lama dah tak belajar teknik blog ni. http://studioous.blogspot.com/2014/11/resepi-asrama-french-toast.html

Nota Fizik said...

banayak tu, amapi 4000 post..

Jemput Singgah:Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan