Header Ads

Haziq Pelajar Terbaik Matematik

Haziq Pelajar Terbaik Matematik


Tempoh hari aku ada menghadiri Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar sekolah anak di Sekolah Kebangsaan Haji Baginda Melaka.

Haziq Pelajar Terbaik Matematik
Anak jantan aku Haziq dapat hadiah prestasi mata pelajaran terbaik iaitu matematik. Subjek yang paling aku tak suka!!!

Tahniah buat anak lelaki aku kerana menjadi pelajar terbaik dalam mata pelajaran matematik.

Terima kasih buat mak sedara dia yang tiap-tiap malam kering air liur mengajar anak lelaki yang memang rajin belajar ini..hehehehe

Tapi satu perkara jer yang aku tak  berapa puas hati iaitu hadiah pelajar cemerlang. 

Sebagai contoh, pelajar cemerlang darjah satu ialah keseluruhan kelas darjah satu dan kita pilih 20 orang pelajar terbaik dari keseluruhan kelas darjah satu. Itu kita namakan hadiah pelajar cemerlang.

Tapi kali ini aku lihat pelik pula, iaitu Sekolah Kebangsaan Haji Baginda Melaka memilih pelajar cemerlang berdasarkan kelas. 

Contoh kelas A hampir semua pelajar mendapat markah 90 % tetapi 3 orang sahaja dipilih mendapat hadiah pelajar cemerlang. Kelas B pula hampir semua pelajar mendapat markah 70% dan  3 orang pelajar dipilih mendapat hadiah pelajar cemerlang. Kelas C pula hampir semua pelajar mendapat markah 50% dan  3 orang pelajar dipilih mendapat hadiah pelajar cemerlang.

Maknanya lebihan pelajar cemerlang 90% tidak mendapat hadiah dan pelajar yang kurang cemerlang mendapat hadiah melalui pembahagian pelajar cemerlang mengikut kelas.

Kasihan pelajar cemerlang yang tidak terpilih. Tetapi ada sebabnya sekolah tersebut buat pembahagian sebegini, iaitu memberi peransang kepada pelajar setiap kelas. Dan masa yang sama merendahkan moivasi kepada pelajar cemerlang pula...hehehehe.

Walau apapun, majlis ini berjalan dengan baik dan mengguna 3 bahasa iaitu Melayu, Inggeris da nArab..cayalah Sekolah Kebangsaan Haji Baginda Melaka.



No comments