Lee Chong Wei Sah Positif Dadah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Lee Chong Wei Sah Positif Dadah

 Lee Chong Wei Sah Positif Dadah

Kasihan aku pada Datuk Lee Chong Wei yang disahkan positif dadah pada sampel B. Tapi aku percaya beliau tidak bersalah, dan kalau beliau nak ambil dadah dari dulu lagi beliau dah ambil...

Aku hanya berharap Datuk Lee Chong Wei bersabar tetapi bahu yang memikul lagi memahami.

Pemain nombor satu dunia, Lee Chong Wei berdepan hukuman gantung setelah sampel B nya didapati positif bahan terlarang 'dexamethasone' dalam ujian yang dijalanakan di Hospital Universiti Oslo, Norway.

Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Norza Zakaria memberitahu sidang media hari ini bahawa beliau menerima keputusan rasmi itu daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF), semalam.

 Lee Chong Wei Sah Positif Dadah
Bagaimanapun, BAM masih bertegas tidak akan mengumumkan nama atlit badminton tersebut sebelum selesai proses siasatain oleh BWF.

Laporan media tempatan sebelum ini menyatakan Chong Wei merupakan atlit yang terlibat dalam skandal doping.

'Dexamethasone' adalah salah satu jenis ubat steroid dengan kesan anti radang bagi kegunaan rawatan pelbagai masalah kesihatan dana pemulihan termasuk reumatologi.

Norza berkata kes itu akan dirujuk kepada panel pendengaran doping BWF dan keputusan jatuh hukum akan diketahu dalam masa dua minggu lagi.

BAM akan bekerjasama dengan Menteri Belia dan sukan, Khairu Jamaluddin bagi menangani isu berkenaan dan peguam yang pakar dalam undang-undang sukan, Mike Morgan dari England telah dilantik bagi membantu isu ini, katanya.

No comments: