Header Ads

Lelaki Berpakaian Wanita Dibenarkan Di Malaysia

 Lelaki Berpakaian Wanita Dibenarkan  Di Malaysia
HARI JUMAAT yang berkat ini dicemari satu insiden yang memalukan umat Islam dan syariat Islam keseluruhannya. Mengejutkan apabila keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya membenarkan lelaki Islam berpakaian wanita sekaligus Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 adalah terbatal dengan alasan bercanggah dengan perlembagaan negara.

Lebih malang lagi apabila tiga Hakim yang menghakimi perbicaraan rayuan tersebut terdiri DUA orang hakim Melayu Islam. Apakah pertimbangan hakim beragama Islam ini hingga boleh memalukan umat Islam dan syariat Allah S.W.T.

Hari ini kemenangan besar bagi kaum yang dilaknati Allah di negara ini. Ini bukan kes terpencil tetapi "a new beggining and never ends" bagi mereka. Tidak mustahil akan ada lagi tuntutan-tuntutan kaum yang dilaknati Allah ini akan membawa kes hak asasi dan kebebasan berkaitan kaum songsang init.

Benarlah kata orang, yang meruntuhkan Islam itu bukanlah golongan kafir tetapi penganutnya sendiri. Semoga Allah memberkati dan melindungi anak-anak keluarga Islam dan bumi Malaysia yang tercinta ini.

 Lelaki Berpakaian Wanita Dibenarkan  Di Malaysia
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan.
Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan yang mengisytiharkan Seksyen 66 sebagai terbatal.

Keputusan berkenaan secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.
Keputusan berkenaan disambut dengan gembira oleh para penyokong dan kumpulan transgender yang hadir di mahkamah hari ini.

Kes berkenaan difailkan oleh Muhamad Juzaili Mohamad Khamis, 26, Syukor Jani,  28, dan Wan Fairol Wan Ismail, 30, pada 2 Februari 20122, untuk mencabar kesahakan peruntukan terbabit.

Mengikut Seksyen 66, mereka boleh dihukum penjara maksimum enam bulan penjara dan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Syariah.

Mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, pengarah jabatan agama Islam negeri, pengarah penguatkuasa syariah dan ketua pendakwaan sebagai responden.
Mereka turut memohon perintah mahkamah untuk menghalang penahan dan pendakwaan ke atas mereka.

Makhamah Tinggi Seremban yang menolak permohonan tiga individu berkenaan memutuskan bahawa agar hak tersebut diketepikan kerana mereka dilahirkan sebagai lelaki Islam dan perlu mengikut undang-undang dan ajaran agama.
Panel tiga orang hakim Mahkamah Rayuan hari ini turut dianggotai Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Lim Yee Lan- Malaysiakini

No comments