Header Ads

Menaiki 6D Motion Ride

Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi  iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih.

Aku dah lama nak naik 6D Motion Ride yang terletak di AEON Jaya Jusco Melaka. Semalam anak aku cuti sekolah maka aku ajak dia orang pergi Jaya Jusco Melaka.

Perkara pertama yang kami pergi ialah bermain 6D Motion Ride. Kami memilih Roller Coaster atas pilihan adik manis cashier 6D Motion...hehehehehe.


Anak perempuan aku selamba jer naik tanpa jerit-jerit malah beritahu aku tak takut pun....

Aku pun tak takut cuma rimas bila ia sembur air kat muka aku..konon-kononnya dramatik lalu atas air ler tu..

Tapi isteri dan anak jantan aku yang umur 7 tahun, mak oiiii terjerit-jerit. Tak sempat ambil gambar sebab mereka duduk kat belakang.

Aku rasa tak lama ler, dalam 15 minit sahaja pengembaraan kami dengan jumlah pakej satu keluarga RM40.

Overall keseluruhan 6D motion Ride ini amat menarik. Cuma aku tak takut sebab aku dah set kepala, roller coaster itu cuma TV kat depan aku ajer dan yang buat suspen sekali sekala ialah penggerakan kerusi itu.

Kalau anda tanya aku, nak naik lagi tak? Aku mesti kata nak...nak..nak...hehehehehe.

Menaiki 6D Motion Ride
Lepas tu tengok wayang lak...



1 comment

zazanizam said...

hehehe zaza last naik kat ict shah alam, mmg best! siap angkat kaki lagi konon binatang tu nak gigit kaki..pdhal dh tau tu semua dlm tv hahahaha..realll kot! :p