Peperiksaan PTD Online Selesai - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Peperiksaan PTD Online Selesai

Peperiksaan PTD Online Selesai
Malam ini adalah malam peperiksaan online untuk calon PTD. Aku merupkaan calon tua yang terpanggil untuk menduduki peperiksaan ini.

Tempoh hari aku dapat e-mail tentang peperiksaan ini anjuran SPA. Aku malas sebenarnya tapi apa salahnya kalau aku mencuba.


Terdapat 3 kertas soalan yang diperlu dijawab. Peperiksaan pengetahuan am aku terlambat 20 minit...hehehehehe. Baru balik kerja dengan terhegeh-hegeh nak mandi baru onkan internet...
Kelam kabut aku menjawab soalan yang dikemukakan.

Seksyen A memnag mencabar pengetahuan kamu tentang sistem pemerintahan Malaysia serta isu-isu terkini serta dasar-dasar negara. Hujung jari ajer aku jawab sebab ianya soalan objektif.  Kalau tak tahu, boleh tembak sahaja....hahahahahaha.

Peperiksaan PTD Online Selesai

Seksyen B pula soalan matematik yang semenjak aku disekolah lagi aku memang benci betul dengan soalan kebarangkalian dan pecahan. Pecah kepala aku menjawab soalan matematik ini..Stresss!!!!

Peperiksaan PTD Online Selesai

Seksyen C pula ia uji tentang mental kita lerr.. Aku jawab dengan mudah dan cepat hingga ada baki masa berbelas minit..hehehehehehe. Macam terer ajer tapi soalan minda ini agak mudah juga sebab ia tentang kriteria diri kau.

Akhirnya selesai tapi keyakinan memang tak cukup tinggi. Tapi kalau ada rezeki dapat ler. Mana tahu kan...Rezeki tu di tangan Alllah.

Aku doakan semua calon peperiksaan PTD hari ini berjaya teramsuk adik ipar yang ambil peperiksaan hari ini juga....

1 comment:

Rapunzel Cikilolo said...

aku pun stress jawab math td...

aarrgh. banyak bnd aku dh lupa....