Reunion KLKMUSM 1994-1998 Hampir Tiba - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Reunion KLKMUSM 1994-1998 Hampir Tiba

Reunion KLKMUSM 1994-1998 Hampir  Tiba

Pada 29.11.2014 dan 30.11.2014 Reunion untuk warga USM KLKM 1994-1998 akan diadakan. Inilah salah satu kebaikan teknologi iaitu Whats Apps yang menggabungkan kami semua semula setelah 16 tahun tidak ketemu face by face.

Kami semua adalah pengakap Kelana USM yang amat aktif dan sepanjang aku di USM, mereka semua adalah rakan-rakan terbaik aku dan semua kenangan manis-manis belaka.


Tanpa KLKM USM aku pun tak tahu apa aku nak buat sepanjang 4 tahun belajar kat sana. 90% kehidupan aku memang dengan KLKMUSM. Segala ceruk hutan kat Pulau Pinang semua kami dah pergi..

Melalui group KLKM USM 1994-1998 buat pertama kali aku sempat berjumpa rakan aku yang bekerja di Trengganu tapi orang Melaka semasa cuti Hari Raya Haji yang lalu.


Perancangan reunion kami berjalan dengan lancar melalui AJK-AJK yang dipaksa..hehehehe. Kami merancang tahun ini perjumpaan semula KLKMUSM 1994-1998 di  Port Dickson.

Amir-  Perhotelan dan Aktiviti ( Karaoke/BBQ)
Hanif -Banner
Kamil- T-Shirt

Reunion KLKMUSM 1994-1998 Hampir  Tiba

Aku berdoa agar perjumpaan KLKM USM 1994-1998 kami berjalan dengan lancar dan sukses.
Cuti pun aku dan ambil tapi belum approved lagi ini..huhuhuhu.

Gambar di atas adalah banner yang baru ambil tadi pagi. Aku memang puas hati dengan hasil kerja mereka. Dengan hati tak sabar aku dah pun post ke group Whats Apps KLKMUSM kami tadi..hehehehehe.


Reunion KLKMUSM 1994-1998 Hampir  Tiba


No comments: