Header Ads

Root Penyelesaian Internal Storage Smartphone


Sekarang ini semua orang ada smartphone dan dengan penggunaan smartphone ini plebagai aplikasi kena kita downloadkan apatah lagi jika kita seorang blogger..hehehehee.

Aplikasi wajib semua orang patut ada adalah Twitter, Facebook, What Apss, Instagram, Telegram. Itu baru laman sosial, kalau anda seorang blogger, aplikasi wajib ialah Blogger, Carian enjin yang pelbagai untuk semua laman web anda. tah macam-macam lagi lerrr...

Semua aplikasi ini menggunakan ruangan Internal Storage anda dengan banyaknya hingga satu ketika ia tidak mencukupi untuk menampung smartphone anda. Dan hingga satu ketika ia akan menyebabkan kerosakan smartphone anda.

Bukan semua aplikasi boleh dipindahkan ke Memory Card. Sebagai contoh Facebook menggunakan ineternal storage dan tidak boleh dipindah ke Memory Card.

Inilah yang berlaku pada aku dan pernah satu ketika jumlah internal storage aku hanya 15MB sahaja dari 2GB. Dan menambah kepahitan ialah ada satu ketika aplikasi itu minta diupgradekan, aku tidak mampu kerana internal storage dah penuh!!!! 

Akhirnya aku reset factory smarphone aku dan berjaya memperolehi jumlah internal storage yang asal iaitu 2GB. Tetapi aku terfikir kembali, lama-kelamaan aku akan hadapi masalah ini semula.

Kajian dilakukan oleh aku dan mendapati salah satu cara ialah memindahkan semua aplikasi ke SD Card. Tetapi bagaimanakah nak pindahkan aplikasi yang tidak boleh dipindah ke SD Card itu persoalannya?

Cara penyelesaiannya ialah rooting  smartphone anda

‘Root’ akan memberi akses dan kawalan sepenuhnya terhadap peranti anda. Ia membuka ‘pintu’ kepada pelbagai perkara menarik yang boleh kita lakukan dengan peranti Android.

Kelebihan lain adalah seperti berikut:

a) Perlindungan Sistem – Anda boleh menyimpan ROM asal anda di SDCARD, dengan menggunakan fungsi ‘NANDROID Backup’. Ia sesuai untuk anda yang ingin memasang ROM baharu, tema baharu, ‘overclock’ dan sebagainya.

b) Menjimatkan Ruangan Memori Dalaman – Bagi peranti yang mempunyai spesifikasi rendah, ruangan memori dalaman adalah rendah dan tidak mencukupi bagi anda yang ingin memasang banyak aplikasi. Dengan menggunakan aplikasi APPS2D, ia membolehkan anda memindahkan aplikasi dari memori dalaman ke memori SDCARD. Selain itu, anda boleh memadam aplikasi yang anda tidak guna, contohnya HTC Peeps.

c) Menjalankan Aplikasi Khusus – Ada sesetengah aplikasi memerlukan fungsi ‘Root’. Contohnya – SetCPU, yang akan mengawal kelajuan CPU peranti anda.

d) Memasang ROM – membolehkan anda memasang ROM yang tertentu, yang kebiasaanya membawa pelbagai kelebihan dan ciri – ciri.

  
e) Lebih Pantas – Peranti anda akan lebih pantas. Anda boleh melajukan CPU dengan menggunakan aplikasi SetCPU

Tapi jika anda tidak mempunyai kemahiran, tak pasal-pasal smarphone anda akan meletup..hehehehee.
Dan aku telah menemui satu aplikasi yang paling mudah bagaimana untuk root semua aplikasi anda ke SD Card dengan hanya memasukkan zip file ke SD Card.

Terlalu mudah hingga anda tidak perlu download Kingo dan sebagainya.
Disini aku berikan URL untuk website ini..

Smartphone yang aku guna ialah Samsung Note dan ada pelbagai root zip yang ada dalam website ini. Selamat mencuba dan kini aku boleh download beratus aplikasi dan storage di SD Card..



No comments