2014 Tahun Yang Mencabar

2014 Tahun Yang Mencabar

Dugaan Itu Hikmah. Setiap perbuatan samada jahat atau baik pasti ada balasannya.
Itulah aku belajar pada tahun 2014. Dugaan terbesar tahun 2014 di mana aku sehingga aku berpindah ke tempat kerja baru.

3 bulan mencuba nasib tanpa pekerjaan benar-benar mencabar diriku sebagai ketua keluarga.

Mujur ada rakan-rakan yang membantu. Serta keluarga yang amat memahami diriku samada ibuku yang berkorban wang untukku, isteriku yang menasihati aku bersabar, serta mereka yang terdekat membantu seberapa yang mereka mampu membantu aku.

Dan ia juga memberi aku kesedaran yang aku ni tak bijak berniaga...hehehehehe.
Dan pada masa itu juga aku di ubah agar sentiasa berdoa padaNya. Manusia memang itu sikapnya, bila susah baru ingat Allah.

Dan apabila aku hampir menuju ke arah kejatuhan, syukur alhamdullilah aku memperolehi kerja terbaru. Kerja yang memberi rezeki yang lebih baik.

Kini kerja adalah fokus aku yang utama. Bersyukur pada orang yang mengambil aku bekerja dan syukur kerana pendapatan yang lebih baik amin.

2014 juga menyedarkan aku, jaga solat anda. Solat itu wajib. Selepas solat berdoalah agar dipermudahkan segala-galanya. Jika setiap hari kita berdoa, pasti Allah akan makbulkan doa kita.
Jangan tinggal solat. Cubalah tinggal solat...rezeki yang ada akan hilang, pelbagai dugaan akan menjelma dan hati kita takkan tenang.

Kita takkan nampak semua itu, sebab sikap kita kalau bala menjelma selalu mengeluh.
Cuba scan diri kita kenapa kita di uji. Aku yakin kita di uji supaya lebih mengingatiNya dan juga ada sesuatu yang kita buat salah tapi kita tak sedar.

Tapi aku masih gagal menjalankan tanggungjawab solatku. Ada jua yang terlepas waktu.Alasan dalam hati, masa tak cukup dan hari ni penat...hummm.

Alhamdullilah segalanya kini telah pulih, atas segala doa dan berkat dari ahli keluarga. Aku sentiasa berdoa agar janganlah di duga dengan dugaan yang terlau berat.

Itulah kisah 2014 aku, penuh dengan pengajaran.

Share:

2 comments