Header Ads

9 Anak Syaitan Yang Patut Kita Ketahui

9 Anak Syaitan Yang Patut Kita Ketahui

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A’awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/­kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam &; tempat yang ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour lain-lain

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan
bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak- anak didera
dan pelbagai bentuk kemusnahan rumahtangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/ matahari. 

Mana satu jenis anak syaitan yang sering mengganggu anda ? Adakah jenis Walahaan iaitu
was-was untuk menyebarkan maklumat ini ?

KITA UMAT ISLAM AMBIL PEDULI !!!

Kata orang-orang bijak pandai, jika :
1. Ingin bahagia. - Sembahyang awal waktu
2. Ingin sihat - Berpuasa
3. Ingin dipermudahkan urusan - Bacalah Al-Quran
4. Ingin wajah berseri - Jaga sembahyang Tahjud
5. Ingin kaya - Sembahyang Dhuha
6. Dihimpit masalah - Beristghfarlah
7. Berdukacita. - Berdoalah
8. Mahukan keberkatan - BerselawatlahAmalkan dan sebarkan...

1 comment

Linda said...

Thanks for info ;))