Cendol Bakar Port Dickson

Cendol Bakar Port Dickson

Satu lagi penarik kuat di Port Dickson iaitu Cendol Bakar Port Dickson. Sebenarnya aku dah banyak kali ke Port Dickson tetapi memang takpernah pergi ke tempat-tempat makan dan peloncongan Port Dickson. Tahun ini sahaja aku ada mood nak jalan-jalan.

Cendol Bakar Port DicksonBerbalik pada cerita Cendol Bakar ini, menambahkan minat aku ialah kawan aku provoksi katanya kat selangor ada juga Cendol Bakar tetapi siap ada Drive Thru. Memang penuh tiap-tiap hari.

Ini menambahkan minat aku secara tiba-tiba nak makan pula..hehehehehe.Aku tanya apa yang istimewanya pasal Cendol Bakar ini. 

Menurut member aku sebenarnya ia tak ada apa yang spesial pun, asal nama Cendol Bakar ini sebenarnya ialah pemiliknya bernama Encik Bakar..!!!!! 
Aku tak tahu ler...kalau dia tipu aku...hehehehe

Petang tu aku ajak isteri dan ibu aku pergi merasa Cendol Bakar Port Dickson kat sana. Nak pergi sana, kena layan jemm sebab hari Sabtu kan..aku redah juga...

Sampai di Cendol Bakar Port Dickson nasib baik ada parking. Aku lihat ada macam-macam cendol yang dijual. Aku pilih cendol durian sebagai pilihan utama.

Memang sedap cendol durian Cendol Bakar Port Dickson ini. Sebab itu ramai orang yang beratur. Selain makan cendol durian, tempat tersebut ada jual macam-macam makanan lain. Aku order otak-otak sebab ia kegemaran anak aku. Habis 4 bakul dia kerjakan...hehehhehe.

Aku cadangkan kalau anda ke Port Dickson singgahlah ke Cendol Bakar Port Dickson ini Semua ada jual selain Cendol Bakar Port Dickson tetapi harga kuih dia agak mahal sikit. Memang mahal...3 keping goreng pisang RM2.00!! 

Cendol Bakar Port Dickson


Untuk pengetahuan, gambar atas sahaja gambar aku. Lagi 2 keping aku ciplak lerr.Tak sempat amik gambar..hahahha

Share:

2 comments