Header Ads

Hanis 8A UPKK 2014

Tahniah buat anak aku Hanis yang berjaya memperolehi 8 A dalam peperiksaan UPKK ( Ujian Penilaian Kelas Kafa). Agak terkejut sebab sikap beliau yang main-main semasa belajar hingga sering mama dia memekak...hehehehehehe.


Hanis 8A UPKK 2014
Namun setiap kejayaan Hanis adalah kerana usahanya bukannya kami ibu bapa. 

Tugas kami adalah mendidik sebaik yang mungkin namun kunci kejayaan itu terletak pada diri kita sendiri.

Dan sebagai ibu bapa, kita sentiasa mempunyai harapan yang tinggi pada anak kita. 

Tahniah sekali lagi abah ucapkan yekkkkk...

Seramai 27,614 atau 15.29 peratus calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) di seluruh negara pada tahun ini berjaya mendapat 8A.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha, berkata pencapaian terbabit meningkat 3.1 peratus berbanding tahun lalu yang mana seramai 22,608 calon mendapat 8A.

"Melaka menjadi negeri tertinggi yang memperoleh 8A iaitu 26.7 peratus calon diikuti Wilayah Persekutuan (23.76 peratus) dan Sabah (21.71 peratus)," katanya pada sidang media pengumuman keputusan UPKK 2014 di sini hari ini.

Hanis 8A UPKK 2014

No comments