Harga Minyak Turun Januari 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Harga Minyak Turun Januari 2015

Harga Minyak Turun Januari 2015

Datuk Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan memberi gambaran awal mengenai harga runcit petrol RON95 dan Diesel yang akan berkuatkuasa mulai Januari 2015

Menerusi akaun Twitter beliau pada Selasa 30 Disember 2014, memaklumkan bahawa harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel dijangka turun kepada sekitar RM1.90 dan RM1.95 seliter mulai Khamis, 1 Januari 2015

Menerusi Tweet yang sama, beliau juga mengharapkan para peniaga menurunkan harga barang berikutan penurunan harga runcit bahan api tersebut

Bagaimanapun, harga runcit Petrol dan Diesel untuk Januari 2015 akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan

Harga baru runcit bagi petrol RON95 adalah RM1.91 seliter, manakala RON97 adalah RM2.11 seliter

Harga baru bagi bahan api itu turun sebanyak 35 sen berbanding harga sebelum ini iaitu RM2.26 seliter bagi RON95 dan RM2.46 seliter bagi RON97

Sementara itu, harga baru runcit bagi diesel turut turun sebanyak 30 sen daripada RM2.23 kepada RM1.93

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek

Terkini Harga Rasmi RON95, RON97 Dan Diesel Januari 2015 (Seliter)

RON95 RM1.91
RON97 RM2.11
DIESEL RM1.93

No comments: