Header Ads

Kaki Wayang: Hunger Games : Mockingjay Part 1


Hunger Games : Mockingjay Part 1 merupakan episod ketiga dalam sekuan Hunger Games. Jika ramai yang pernah menonton file Hunger Games sebelumnya ia berkenaan Katniss dari District 12 yang menentang kekejaman Capitol mempergunakan district-district lain untuk kepentingan mereka.

Rating yang boleh aku kasi kepada filem ialah 3/5 sahaja kerana ia banyak cakap-cakap dan luahan perasaan oleh pelakon-pelakon ini. Dari segi emosi aku tak dapat feeling yang dikehendaki seperti mana-mana filem yang pernah aku tonton.




Memang aku jangkakan episod Hunger Games : Mockingjay Part 1 kali ini banyak bermain perasaan seperti mana dalam-dalam filem sekuen yang lain, mesti salah satu episod itu akan berlaku klimak perubahan kepada watak utama. 

Sudah tentu aksi -aksi agak berkurangan apabila perubahan watak itu berlaku,seperti dalam filem Lord Of The Ring atau Harry Porter sebagai contohnya.

Namun aku tak tidur semasa menonton filem ini lerr..hehehehehe. Filem yang hebat dimana Katniss di selamatkan oleh District 13 dan meminta beliau menjadi propaganda dalam menentang Capitol dibawah kuasa Presiden Colin.

Dalam filem Hunger Games : Mockingjay Part 1 ini Katnis masih berusaha untuk melepaskan suaminya Peeta yang ditangkap oleh Capitol. Namun dia tidak tahu bahawa Peeta telah dibasuh otak oleh Capitol menentang Katnis.

Beliau juga menghadapi dilema disukai oleh teman lelaki lamanya yang masih mencintainya. Beliau melihat district 12 telah dibom oleh Capitol akibat tindakannya.

Hunger Games : Mockingjay Part 1 wajib kita lihat tetapijika harapkan aksi memang cukup kurang namun jika anda tidak lihat filem ini maka sambungan sekuen seterusnya mungkin anda akan blurr sebab inilah klimak perubahan Katnis.