Header Ads

Kemas Kini BR1M 2015

Kemas Kini BR1M 2015

Kaunter kemaskini BR1M 2015 telah bermula pada 1 December 2014. Aku baru sahaja kemas kini BR1M mak aku. Semuanya telah selesai dan untuk pengetahuan semasa kemas kini mak anda punya pastikan anda ketahui no kad pengenalan lama dan e-mail yang anda gunakan semasa daftar dahulu.

Kemas Kini BR1M 2015

Yang terbaru BR1M 2015 ialah semasa kemas kini  Bahagian C ada minta nama pewaris untuk Skim Khairat Kematian menggantikan i-BR1M. Bagi Skim Khairat Kematian pula, bantuan RM1,000 diberi kepada waris penerima BR1M 2015 dibawah kategori isi rumah dan warga emas.

“Bagi tujuan tuntutan, waris boleh membuat tuntutan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2015 dengan mendapatkan borang di laman sesawang www.malaysiantakaful.com.my atau menghubungi hotline i-BR1M di talian 03-27162716 atau e-mel di i-BR1M@takaful-ikhlas.com.my.

Sebarang pertanyaan BR1M 2015 boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau talian 03-8882 4565/ 4566 (Kementerian Kewangan) serta e-mel di br1m@treasury.gov.my.

Kemas Kini BR1M 2015


No comments