Header Ads

Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai

Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai

Update  3:35 : Memetik laporan dari TVOne, Jurucakap Tentera Laut berkata helikopter mengesan manusia di permukaan laut dan kini sedang memeriksa sama ada mereka masih hidup.

Update  3:30 pm : Ketua pegawai penerbangan awam Indonesia mengesahkan serpihan yang dijumpai disahkan milik pesawat Air Asia QZ8501. - AFP

Update : Pegawai Penerbangan Awam Indonesia mengesahkan serpihan ditemui dalam air datang dari pesawat tetapi belum mengesahkan ianya dari pesawat yang hilang.

Pihak berkuasa Indonesia hari ini berkata operasi pencarian udara mereka menemukan serpihan seperti pintu slaid kecemasan pesawat dan beberapa objek lain yang mungkin datang daripada pesawat AirAsia QZ8501 yang hilang.

Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai"Kami mengesan 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil berwarna putih yang kami tidak dapat ambil gambar," kata pegawai rasmi Tentera Udara Indonesia Agus Dwi Putranto kepada media di Jakarta.

"Lokasinya ialah 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat dikesan radar," katanya.

Beliau menunjukkan gambar 10 objek yang kelihatan seperti pintu pesawat, slaid kecemasan dan objek seperti kotak berbentuk segi empat.

Jurufoto AFP yang turut berada dalam pesawat itu berkata beliau melihat objek terapung di laut yang kelihatan seperti rakit pelampung, jaket keselamatan dan tiub panjang berwarna jingga.

"Mari kita berdoa bahawa ia adalah objek yang kita cari," katanya di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, pulau Borneo.

Misi tertumpu kepada sekitar kawasan laut kepulauan Bangka, Belitung di Pulau Jawa sebarang Kalimantan.

Pesawat Air Asia QZ8501 Dijumpai
Putranto berkata pencarian helikopter menghala ke lokasi 190 kilometer dari Pangkalan Bun dan jika serpihan itu sah daripada pesawat maka kapal mencari dan menyelamat akan dikerah ke kawasan itu.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Djoko, Murjatmodjo berkata, serpihan merah dan hitam kelihatan di luar pantai Kalimantan.

"Serpihan itu berwarna merah dan putih. Kita masih mengkaji sama ada serpihan itu daripada pesawat. Ia kemungkinan badan pesawat itu," katanya kepada wartawan.

Pesawat Air Asia dicat dengan warna merah dan putih.

Pesawat jenis Airbus A320-200 yang membawa 162 penumpang itu dipercayai hilang ketika cuaca buruk pada Ahad pagi dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura. 

2 comments

Farah Waheda Wahid said...

Itulah yang terdengar di berita hari ini...

Abu Zaini said...

Turut berduka, semoga diberi ketabahan pada keluarga kemalangan...