Header Ads

Pesawat Air Asia QZ8501 Hilang

Pesawat Air Asia QZ8501  Hilang

Tak habis-habis nasib yang menimpa Malaysia ini. Kini salah satu syarikat penerbangan Swasta Malaysia iaitu Air Asia telah hilang dan tidak dapat dikesan.

Pesawat AirAsia daripada Surabaya, Indonesia ke Singapura dilaporkan hilang perhubungan dengan pusat kawalan udara.

Perkara itu dilaporkan oleh Reuters, yang memetik sebuah saluran berita Indonesia.

Agensi itu juga melaporkan pihak berkuasa pengangkutan Indonesia sebagai berkata, pesawat yang hilang itu membawa 155 orang.

Pesawat Air Asia QZ8501  Hilang Sementara itu, AirAsia dalam kenyataannya di Facebook mengesahkan kejadian itu dan meluahkan kekesalannya terhadap insiden menimpa pesawat QZ8501 itu.

Menurut AirAsia, pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu hilang perhubungan dengan pusat kawalan trafik pada jam 7.24 pagi ini.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan itu.

AirAsia juga menubuhkan pusat panggilan kecemasan untuk anggota keluarga dan rakan-rakan penumpang di talian +622129850801.

Kemas kini berhubung perkara itu akan dimuat naik ke laman web www.airasia.com.

Syarikat penerbangan itu juga sudah menukar logonya di Facebook kepada hitam putih.

Strait Times Singapura di Twitter, melaporkan menteri pengangkutan Indonesia sebagai berkata, penumpang dalam pesawat itu daripada lima negara, iaitu masing -masing seorang warganegara Singapura, British dan Malaysia, Korea (3) dan Indonesia (149).

CNN Indonesia melaporkan, penumpang terdiri daripada 130 orang dewasa, 24 anak dan seorang bayi.

No comments