Tamatnya Kes Tebusan Di Kafe Sidey 2014 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Tamatnya Kes Tebusan Di Kafe Sidey 2014

Tamatnya Kes Tebusan Di Kafe Sidey 2014
Kira-kira 10 kakitangan sebuah kafe dan 30 orang awam ditahan sebagai tebusan dalam satu serangan pengganas pada pagi hari ini.

Insiden tersebut bagaimanapun disaksikan oleh orang ramai yang berada di sekitar kafe itu.

Menurut saksi, pengganas yang memakai penutup kepala berlambang tulisan Arab itu melangkah masuk ke restoran terbabit pada jam 9.45 pagi (waktu Australia) sebelum mengeluarkan laras senjata dari beg yang dibawa bersamanya.

Man Haron Monis adalah lelaki bersenjata yang menjadi dalang di sebalik krisis tebusan selama 16 jam di sebuah kafe di Sydney yang berakhir pagi tadi.

Tamatnya Kes Tebusan Di Kafe Sidey 2014
Seketika kemudian, saksi melaporkan melihat tebusan dipaksa menghadap dan meletakkan tangan masing-masing ke tingkap dengan memegang bendera berlambang ‘Shahada’, iaitu lambang kepada kumpulan ekstrimis Jabhat al-Nusra.

Sementara itu, pihak polis mula mengetatkan langkah keselamatan di sekitar kafe tersebut.

Memetik laporan dari Mail.Online, pihak berkuasa menutup laluan di sekitar lokasi kejadian.
Laluan biasa bagi penerbangan harian turut dilaporkan dilencongkan jauh dari bandar tersebut.

Dalam pada itu, pihak polis mengesahkan pengganas tersebut menuntut untuk bercakap dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menerusi komunikasi radio.

Bagaimanapun, pihak polis enggan mengulas dakwaan bahan letupan yang dibawa bersama pengganas tersebut.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku beberapa jam selepas seorang suspek berusia 25 tahun ditahan dalam sebuah serangan membabitkan pengganas di Sydney.


Serbuan Ke Atas Pengganas 
Bagaimanapun, operasi itu turut mengorban dua orang awam yang turut dijadikan tebusan hampir 16 jam lalu, lapor CNN.

Tamatnya Kes Tebusan Di Kafe Sidey 2014
Media tempatan melaporkan, mereka yang terbunuh adalah pengurus kafe, Tori Johnson, 34 dan peguam, Katrina Dawson, 38.

Sementara itu, empat mangsa lain dilaporkan cedera termasuk seorang anggota polis.

Sebelum ini, pusat bandar Sydney dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki bersenjata yang dikenalpasti sebagai seorang pelarian dari Iran menawan sebuah kafe, semalam.

No comments: