Undang-Undang Lesen Memancing 2015 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Undang-Undang Lesen Memancing 2015

Undang-Undang Lesen Memancing 2015

Aku baru tahu tak lama lagi ada undang-undang untuk pemancing..hehehehehe.
Sebab apabila dengar lesen memancing ia agak kelakar pula. Pemancing-penamcing terpaksa ambil lsen untuk memancing.

Dan bagaiman pemantauan yang akan dilakukan terhadap pemancing invidu dan bagaimana nak ambil lesen memancing ini. Adakah ia harus melalui prosedur yang leceh?

Harap pencerahan Lesen Memancing 2015 ini dapat dijelaskan. Undang-undang mudah dibuat tetapi adakahia logik dan mampukah ia dipantau.

Tapi dengar khabar lagi ..ia mungkin tak jadi akibat campurtangankaki menteri..

Dikhabarkan pihak Jabatan Perikanan akan mewajibkan kaki pancing untuk mengambil lesen terlebih dahulu  sebelum dibenarkan memancing bermula tahun 2015 nanti.

Jabatan Perikanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan difahamkan tujuan perlesenan ini dilaksanakan adalah untuk mengawal populasi ikan serta mengelak aktiviti mencari ikan dengan cara yang salah seperti aktiviti bot tunda di perairan cetek.

Bagi pemancing yang ditangkap tidak mempunyai lesen akan dikompaun dan akan akan didakwa di mahkamah jika terus melanggar kesalahan tersebut.

Menurut Jabatan Perikanan lagi, kajian ini telah dilakukan selama 12 tahun dan dijangka akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.
Undang-Undang Lesen Memancing 2015

Objektif utama Perlesenan Memancing 2015sukan memancing ini adalah satu usaha untuk menaik taraf sukan reakrasi di lautan dan memastikan populasi spesis ikan dapat dikawal.

Plan dan kajian selama 12 tahun oleh Jabatan Perikanan ini akan diwartakan pada 2015 setelah mendapat kelulusan dari Lembaga perlesenan dan Majlis Perundangan Negara.

Kadar yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.

Peraturan ini telah diwartakan oleh Jabatan Perikanan telah diwartakan sejak 27 November 2014 dan akan dibentangkan pada tahun 2015 untuk mendapat kelulusan sebelum ianya dikuatkuasakan diseluruh negara.

Yuran yang dicadangkan dalam perlaksanaan perlesenan ini ialah RM10/ tahun seorang dan setiap pemancing akan dibekalkan satu buku log bagi mengumpulkan maklumat hasil dan tangkapan ikan di lautan.

Pada masa yang sama, individu yang tidak memiliki lesen memancing boleh dikenakan denda RM500 bagi kesalahan pertama, kedua dan ketiga manakala boleh dibawa ke Makhamah jika melakukan kesalahan buat kali ke empat.

No comments: