Header Ads

Alyah Di Aniaya Suami

Alyah Di Aniaya Suami
Kecoh awal minggu ini dengan pengakuan Alyah tentang dirinya dianiaya suaminya, Datuk Ramli MS menerusi sekeping gambar Ramli bersama seorang wanita di dalam laman Instagram milik Alyah sendiri. Kalau merujuk kepada kenyataan Alyah seperti ‘terima kasih kerana berjaya meruntuhkan rumah tangganya’, memang serius betul rintihan tersebut.

Maklumlah, orang baru setahun lebih berkahwin, mesti tengah dalam mood manis-manis belaka.

Jadi, Mizz Lahar pun ikut menyibuk nak tahu apa hal sebenarnya yang telah terjadi.

Oh, rupanya ini macam hal gaduh laki-bini, kemudian geram, kurang sabar dan tak boleh kawal emosi, maka itu yang terkeluar di laman sosial. Alyah sendiri mengaku dia terlebih emosi sewaktu memuat naik gambar tersebut dan meminta maaf atas keterlanjuran emosinya.

Mizz Lahar rasa sebenarnya Alyah tak perlu minta maaf kepada khalayak, tetapi mungkin boleh menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Mizz Lahar nak minta maaflah kalau Alyah rasa kurang selesa dengan teguran Mizz Lahar. Cuma Mizz Lahar rasa, kalau hal-hal ‘kain’ dalam rumah tangga ini janganlah diburaikan semua.

Bukannya apa, malunya terpalit ke badan sendiri. Media pula kemudiannya dituduh suka sensasikan berita atau beri laporan yang salah. Walhal sumber yang dirujuk, tuan punya badan sendiri.

Satu lagi, untuk peringatan Mizz Lahar sendiri juga yang ada 20 juta pengikut di laman sosial, Mizz Lahar kena selalu fikir untuk muat naik perkara yang seronok-seronok sahaja. Status rentan-rentan ni, Mizz Lahar simpan dalam hati. Kalau nak luahkan juga, Mizz Lahar cuci bilik air tengah malam. Sebab Mizz Lahar takut nanti emosi yang marah boleh memakan diri sendiri.

Mizz Lahar: Ada sesiapa berminat nak jadi pengikut Mizz Lahar ke? Minggu depan Mizz Lahar bagi alamat akaun laman sosial Mizz Lahar ya.

No comments