Assalamualaikum encik hanif .sy dzul duk area bangi je.saya berminat utk mengambil kursus sho ni tetapi ade sedikit perkara yang sy kurang fahami tentang mcm mana sy hendak apply berkerja apabila telah tmat peperiksaan tersebut.sy harap encik hanif dpt guide sy.

Inilah soalan yang saya terima melalui artikel Kursus Safety And Health Officer. Pertamanya sebelum kita menjadi Safety And Health Officer kita harus mengambil kursus 22 hari di Niosh.

Selepas kita tamat kursus, kita harus mengambil peperiksaan. Peperiksaan pula terdiri dari 4 kertas iaitu :
a) Kertas satu yang terdiri dari modul 1dan II
b) Kertas dua yang terdiri dari modu lII dan IV
c) Kertas tiga iaitu Praktikal (Stesen Kemahiran)
d) Kertas empat iiatu Tugasan Kerja ( WPA).

Masalah utama sebelum kamu minta kerja dan ingin certified sebagai Safety Officer ialah membuat tugasan kerja (WPA) . Masalah biasa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang belum bekerja atau mereka yang bekerja bukan di tempat yang menekan soal keselamatan seperti kerja  di pejabat.

Lainlah kalau kamu bekerja di kilang-kilang, sudah tentu ada operasi yang memerlukan impak dan aspek keselamatan atau HIRAC.

Manakala kertas 1 hingga 3 tidaklah susah kerana kamu perlu baca ...hehehehehehe.

Lalu potensi mendapatkan kerja sebelum habiskan peperiksaan tugasan WPA memang mencabar. Mahu tak mahu terpaksa cari kerja yang menawarkan gaji yang rendah dalam RM1500-RM2000 bukan sebagai Safety Officer tetapi sebagai Assistant Safety Officer terlebih dahulu.

Terpaksa kerana anda tidak mempunyai pengalaman dan suka tak suka terpaksa ambil pengalaman bekerja. 

Tapi ingat!! setelah kamu ambil mana-mana kertas peperiksaan ini, maka kamu ada  1 tahun untuk habiskan semua paper yang ada termasuk Tugasan Kerja. Kalau tak kamu terpaksa ambil semula kursus ini.

Maka jika kamu tanya saya bagaimana hendak apply kerja selepas kamu tamat peperiksaan. Kamu kena berfikir bagaimana nak buat Tugasan Kerja( WPA).

Selepas tamatkan semua kertas peperiksaan, nak cari kerja pun satu hal juga. Kebanyakkan syarikat nak safety And Health Officer yang ada Green Book.

Tetapi ini bukanlah masalah yang besar sangat, sebab ada company yang ambil Safety Officer yang belum ada Green Book atau seperti yang saya katakan anda jadi Assistant Safety Officer dahulu.

Banyak syarikat yang memerlukan Safety And Health Officer. So tak jadi masalah.

Selepas 3 tahun, melalui data-data yang anda kumpul melalui aktiviti Safety And Health Officer maka anda boleh memohon Green Book.

Kebanyakkan rakan saya berjaya menjadi Safety Officer selepas mendapat Green Book. Anda kena bersabar... Dapatkan dahulu bidang kerja yang berkait rapat dengan Safety.

Memang best dengar orang kata, bidang Safety ini memang berbaloi gajinya tetapi tak ramai yang berjaya disebabkan masalah Tugasan Kerja dan masalah Green Book ini.

Lainlah kalau company kita yang hantar ambil kursus ini. Maka cerahlah masa depan kita setelah 3 tahun, kita boleh belah dan cari potensi kerja yag lebih baik.



Designed By: Hanif Idrus | Templatelib