Header Ads

Blog Baru Haru Biru Buru Pagerank Dan Alexa

Kontest Teroka Perspektif
Salam satu blogger. Aku menulis artikel ini dengan menggunakan 3 petunjuk iaitu Baru, Biru dan Buru melalui syarat dari blogr. Ketiga-tiga petunjuk akan aku gunakan dalam mengupas persoalan pagerank dan Alexa melalui artikel aku bertajuk Blog Baru Haru Biru Buru Pagerank Dan Alexa

Dalam dunia blogging ini terutama blogger baru mereka sentiasa beria-beria ingin menjadi terkenal atau mendapat wang dengan cara yang cepat. Tetapi mereka tidak sedar bahawa dunia blogger ini umpama pemburu dan di buru.

Kadang-kadang  kita di buru oleh pemangsa yang hendak  menjadikan blog kita sebagai pelekat link mereka bukannya membantu anda tetapi dengan harapan dapat mencuri pagejuice anda. Haru biru blog anda akhirnya. 

Selain itu, kesalahan blogger baru ialah ketaksuban memburu  widget baru yang langsung tidak memberi nilai kepada blog baru anda. Ianya hanya akan menambahkah keberatan loading time. Apa logiknya  memasang widget akuarium berblik-blik biru di blog anda.
Tapi itulah yang selalu dibuat oleh blogger baru. 

Dunia blogger umpama lautan biru diluar cantik tapi di dalamnya mempunyai banyak ranjau dan untuk mahir dalam mengharungi lautan biru ini kita memerlukan ilmu blogging sebenarnya.


Kontest Teroka Perspektif
Sebenarnya asas dalam blogging ialah cukup memahami Pagerank dan Alexa. Dengan memahami mereka berdua ini maka blog baru anda akan menuju ke arah yang betul.

Blogger-blogger sentiasa abadikan diri mereka memburu kedua-dua indeks pengukur ini. 

Secara amnya jika anda kuasai pagerank. Anda diumpamakan memiliki kuasa biru Dragon Ball yang mampu menghancurkan blogger-blogger lain di enjin carian pertama.

Apa Itu Pagerank
A ranking by the search engine Google.Ranking is displayed on the Google Toolbar. PageRank scores range from 0 (very weak) to 10 (very strong). Web pages with high PageRank do well in the SERPs, and also provide the highest quality backlinks.

Mekanisme asas pagerank ini ialah ia mengira bagaimana pengunjung boleh pergi  ke blog anda berdasarkan klik melalui blog-blog yang lain. Ini kita panggil backlink.


Pagerank yang tinggi lebih mudah dicapai bukan kerana ia banyak link ke banyak blog-blog lain tetapi juga link ke blog yang lebih popular.

Untuk pengetahuan secara rambang, untuk dapatkan pagerank saya katakan jumlah traffic tidak memainkan peranan yang terlalu penting. Bila bermain pagerank jangan buru trafik tetapi buru SEO atau SERP.

Untuk memperolehi pagerank anda mesti ada pengetahuan SEO..
Buat sementara untuk SEO hanya tumpukan:
a) External dan internal link dalam blog anda - berkait bloglist/exchange banner
b) Mahir dalam nofollow/dofollow
c) Loading time blog monitor - ini berkait dengan image dan widget
d) Meta tag/ meta description
e) Selalu submit entri ke Google, Bing dan Yahoo
f) Keyword yang baik
Melalui pemburuan pagerank anda secara tak langsung kena mempelajari terma-terma baru dalam dunia SEO.
Ini adalah sedikit sebanyak ilmu baru yang perlu blogger baru buru dan tekad mendapatkan mendapatkan kuasa biru SEO ala-ala Dragon Ball ini.

Kontest Teroka Perspektif
Apa Itu Alexa 
Alexa ini kita boleh anggap sebagai satu index yang memberi  markah kedudukan blog anda di mata dunia. Jika didunia terdapat 40 juta blogger dan ranking alexa anda 1,000,000. Maka dari berada di kedudukan 1,000,000 dari 40 juta blogger.

Pemburuannya ialah usaha untuk menurunkan markah Alexa anda sebaik yang mungkin!!! Lagi turun maka lagi baik.

Bagaimana menurunkan Alexa Rank hanya satu cara iaitu menulis artikel baru setiap hari. Lagi banyak artikel baru yang anda tulis maka akan turunlah Alexa anda.

Selain itu untuk menurunkan Alexa anda haruslah rajin memburu blogwalking ke semua blogger samada yang lama atau baru serta membuat tukaran bloglist. Alexa kebiasaannya disukai oleh marketing blogger dimana pengiklan selalu melihat blog yang mempunyai Alexa yang rendah.


Persamaan Pagerank dan Alexa ialah:
Alexa menumpukan jumlah entri  - lagi banyak entri lagi cepat Alexa turun
Pagerank pula menumpukan entri anda diindex dengan keyword yang baik - cari topik popular

Pendek kata melalui Pagerank dan Alexa, suka tak suka anda terpaksa menulis artikel setiap hari untuk dapatkan kedudukan Alexa. Artikel yang ditulis haruslah mempunyai konten yang baik dari segi SEO. Sebab itulah ia dipanggil indek pengukur.

Artikel dengan konten yang baik dan disiplinkan diri anda menulis artikel  secara tak langsung akan mendapatkan trafik yang baik ke blog anda.

Ini hanya penerangan santai sahaja unuk menerangkan blogger baru memburu mendapat kuasa biru Dragon Ball yang maksimum!!!!
Selamat belajar..


1 comment

Abe Kie said...

dah lama x check alexa n google pagerank ni...janji bila abe kie update blog ada org komen...tu dah cukup..