BR1M 2015 Telah Keluar

Semalam aku melihat di bank beberapa muka tersenyum simpul kerana hari semalam BR1M 2015 telah keluar.

Ada juga muka yang kelat kerana duit BR1M belum masuk lagi. Tapi yang pasti muka mak aku senyum tersimpul...hihihihi.

Sempat berbual dengan beberapa orang dan sempat juga aku tolong periksa status BR1M 2015 mereka secara online guna handphone aku ni.

Yang tak dapat lagi semuanya dalam proses lagi. Bermakna ada harapan ler tu.

Yang tak dapat sabar yeee..kalau anda layak mesti dapat. Dengan syarat penuhi kriteria kelayakan dan register online serta mempunyai buku bank.

Yang dapat, guna wang tersebut sebaik mungkin. Jangan dihabiskan dalam sehari. Bak kata menteri kita, duit BR1M 2015 ini boleh menampung 3 bulan saraan hidup kita....emmmmmm.

Walau apapun....terima kasih pada kerajaan kerana masih meneruskan pemberian ikhlas ini.

Memang ramai yang mengatakan logiknya disebalik pemberian BR1M 2015 ini. Sebabnya kau tak dapat, cuba kasi kat kau mesti senyap mulut tu.

Sekurang-kurangnya makcik dan pakcik boleh membeli keperluan tambahan melalui pemberian BR1M 2015 ini.

Cuma yang aku galat..peniaga yang tak layak dapat juga memperolehi bahagian BR1M 2015 ini. Bukan mudah nak pantau tapi at the end kita sebagai individu kena jujur dengan diri kita.

Share:

0 comments