Diana Rafar Dan Zamarul Hisham Bercerai

Diana Rafar Dan Zamarul Hisham Bercerai

Pelakon dan penyanyi Diana Rafar mengesahkan tindakannya memfailkan perceraian terhadap aktor Zamarul Hisham di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam dekat sini, 1 petang tadi.

Diana atau Adiana Abdul Rafar, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai butiran dan sebab tindakannya itu.

“Maaf, saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,” katanya secara ringkas.

Harian Metro pada 8 Januari lalu melaporkan rumah tangga Diana dan Zamarul Hisham Mohamed, 45, mengalami pergolakan kebelakangan ini.

Sumber memberitahu ia dipercayai berlaku disebabkan kewujudan orang ketiga.

Difahamkan, konflik perkahwinan mereka dikatakan berpunca daripada penyanyi lelaki era 90-an, Oja atau nama sebenarnya Daninas Huza Daud, 36.

Share:

0 comments