Kaki Wayang : Taken 3 - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kaki Wayang : Taken 3

div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
Kaki Wayang : Taken 3

Kaki Wayang kali ini menonton filem terbaru kesinambungan filem Taken iaitu Taken 3. Jika anda peminat Taken yang dilakonkan oleh Liam Neeson pasti mengingati aksi solo dalam menyelamatkan keluarganya di Paris dan Istanbul.

Aku rasa ini adalah episod terakhir dalam Taken 3 ini dengan kematian bekas isterinya di bunuh oleh sindiket rahsia yang didalangi oleh suaminya iaitu Stuart.

Kaki Wayang : Taken 3
Untuk filem ini aku berikan 4/5 bintang kerana filem Taken ini belum mampu menandingi fiem pertamanya yang lebih bersifat survival pada wataknya.

Dalam filem ini ada beberapa aksi yang boleh aku pertikaikan iaitu ketika hero filem ini menjatuhkan keretanya di dalam lif hingga bangunan meletup dan ketika keretanya terjatuh ke gaung seakan tidak logik.

Pengarah cuba menonjolkan sifat survival filem ini atau "lone ranger" hero ini tetapi agak melampau.

Dalam filem ini mainan perasaan ditekan apabila bekas isterinya mati dibunuh dan sekali lagi pengarah memperlihatkan kekuatan mental hero filem ini.

Perkara ini biasa berlaku apabila membuat kesinambungan sesuatu filem seperti filem  Hunger Games yang terbaru agak bosan ditonton.

Tetapi mahu tak mahu, anda sudah terlajak menonton kena terus menonton juga...hehehehehee.

No comments: