Kempen Jangan Beli Rumah - Hanif Bin Idrus Blog

Sebuah Blog Santai Tentang Kehidupan

Home Top Ad

Kempen Jangan Beli Rumah

Kempen Jangan Beli Rumah

Salam Satu Malaysia. Seperti yang kita ketahui harga rumah kini makin lama makin melambung naik. Dahulu pada tahun 2007 harga rumah teres hanyalah dalam anggaran RM80K tetapi dengan saiz keluasan yang sama harga rumah kini mencecah RM200K.

Untuk peniaga hartanah kenaikan harga rumah yang mendadak ini merupakan satu peluang keemasan dimana mereka boleh menjana keuntungan berkali-kali ganda. 

Ramai rakan-rakan aku mencadangkan perniagaan hartanah merupakan perniagaan PASTI tidak merugikan. Itu untuk peniaga hartanah-hartanah.

Bagaimana pula pembeli-pembeli yang hendak membeli rumah. Aku tak dapat bayangkan, pada masa hadapan bagaimana anak-anak aku hendak membeli rumah mereka sendiri nanti. Sudah tentu mereka tak mampu membelinya kerana harga rumah sekarang  pun sudah terlalu mahal hingga menjangkau RM500K. Lagi 10 tahun pasti akan melambung naik berkali-kali ganda!!!

Rumah mampu milik pula minimum harga RM200K.....hehehehehe.

Dan kini kadar faedah rumah telah dinaikkan hingga kita terpaksa membayar bayaran bulanan tambahan sebanyak RM150. Itu untuk aku secara peribadi. Dahulu bayaran bulanan hanya RM800 kini bertambah kepada RM950!!!!

Gaji pula tidak naik sampai RM150....hehehehehee. Ini merupakan perbelanjaan tambahan untuk isi rumah. Aku pun tak faham kenapa kerajaan menaikkan kadar faedah bank ini ketika ekonomi rakyat yang getir ini.

Dengan kedatangan GST pula, harga barangan pembuatan pasti akan naik dan ianya akan memberi impak kepada harga rumah yang PASTI akan melambung lagi tinggi. Mungkin...

Dengan: 
a) Kadar faedah yang semakin tinggi
b) Harga rumah semakin melambung tinggi
c) Kadar RM yang semakin merosot.
d) Projek perumahan yang mementingkan harga RM200K ke atas sahaja.

Jangkaan:
Dalam masa beberapa bulan ini dijangkakan ramai pembeli rumah akan menghadapi masalah pembayaran bulanan rumah mereka disebabkan kenaikan kadar faedah.

Kenaikan RM100-200 sebulan untuk sesetengah pihak memanglah tidak banyak membawa perubahan. 

Tetapi untuk segelintir besar ianya membawa impak yang besar, kadar kenaikan faedah bukan sahaja melibatkan rumah tetapi kenderaan juga menyebabkan isi rumah tak mampu membayar lebihan perbelanjaan.

Terutama penduduk bandar yang hidupnya kais pagi makan pagi....inilah realiti kehidupan kita.

Harga rumah yang semakin melambung juga menyebabkan kita tak mampu membeli rumah. Memang tak mampu punya!!!

Dalam tahun 2015, aku ingin menganjurkan:
 KEMPEN JANGAN BELI RUMAH!!!

Biar penawaran rumah melebihi permintaan hingga harga rumah jatuh kembali!!!
Dan ditambah, ramai pembeli yang tidak mampu membayar harga rumah, akan  merancakkan rumah lelong...gara-gara kadar faedah yang tinggi...

Berani aku mengatakan ramai yang tak mampu bayar...hehehehehe. Kita lihat sahaja pada tahun ini jika kerajaan masih lagi mengekalkan kadar faedah tambahan ini.

Tak percaya, lihat sahaja pada tahun 2008 kejatuhan ekonomi US kerana kadar faedah rumah dan kredit kad yang tidak mampu dibayar oleh rakyatnya.

Tanpa kempen ini pun, tahun 2015 bukanlah tahun yang baik untuk membeli rumah. 
-Kita masih tidak tahu impak GST kepada harga rumah. 
-Lagi pun kadar faedah yang tinggi tidak sesuai membeli rumah pada masa sekarang.
-Kemerosoton RM juga membawa erti ekonomi Malaysia tidak stabil.
- Pemulihan Pantai Timur, akan menyebabkan keseluruhan harga barang binaan mendadak naik.

Sekarang ini baik menabung dan tunggu dan lihat!!!
Jom Kempen Jangan Beli Rumah untuk kesejahteraan kita bersama!!

War-warkan pada semua untuk kesejahteraan kita. Inilah hak pengguna. Aku bukan ahli politik.

No comments: