Header Ads

Lekat 94 Telefon Pintar Di Badan

Lekat 94 Telefon Pintar Di Badan

Seorang lelaki ditahan dalam cubaan untuk menyeludup 94 telefon pintar jenama iPhone ke China dengan melekatkan semua di badannya, lapor media tempatan, Sina News.

Menurut laporan itu, lelaki tersebut dikesan selepas cara berjalannya kelihatan pelik.

Setelah pegawai yang bertugas mengesan keganjilan tersebut, mereka memeriksa dua beg yang dibawa namun tidak menemukan apa-apa yang pelik.

Namun selepas lelaki itu melalui sistem pengesan logam, penggera berbunyi.

Telefon-telefon itu kemudiannya dirampas dan lelaki tersebut ditahan pihak kastam negara itu.

No comments