Header Ads

Penghormatan Kepada Pembunuh Charlie Hebdo.


Berpuluh-puluh orang berkumpul semalam untuk memberi penghormatan kepada pasangan adik-beradik yang menyerang serta melakukan pembunuhan di pejabat majalah Charlie Hebdo.

Walaupun dalam skala kecil, perhimpunan itu membayangkan kemarahan umat Islam terhadap penghinaan dilakukan majalah satira digelar ‘bodoh dan jahat’ itu.

Ulama tempatan, Maulana Pir Mohammad Chishti mengetuai bacaan doa untuk Cherif dan Said Kouachi di depan kira-kira 60 penyokongnya.

Selain mencela Charlie Hebdo, mereka juga menganggap adik-beradik itu sebagai ‘syahid’ sambil mengucup poster pemuda terbabit yang ditembak mati polis dua hari selepas serangan berlaku.

Pir Mohammad berkata, adik-beradik Kouachi membayar ‘hutang’ seluruh umat Islam sedunia.

“Kita menghadiahkan mereka dengan sanjungan dan penghormatan,” katanya, semalam.

Sementara itu profesor kajian Islam di Universiti Punjab, Aurangzeb Alhafi berkata, dia hadir di majlis itu kerana memenuhi tanggungjawabnya sebagai orang Islam.

“Jika kebebasan bersuara menghalang tragedi Holocaust disebut, ia juga perlu dilakukan ke atas nabi kami,” katanya.

No comments