Program Lahir Anak Dalam Hutan

Program Lahir Anak Dalam Hutan

Sebuah program realiti televisyen dikritik selepas menawarkan peluang kepada wanita hamil untuk melahirkan anak secara semula jadi di dalam hutan.

Program realiti yang dikenali sebagai Born in the Wild itu diterbitkan bagi memberi peluang kepada wanita untuk merasai pengalaman melahirkan anak di dalam hutan seperti menusia primitif.

Program Lahir Anak Dalam Hutan
Dalam program tersebut, beberapa pegawai perubatan akan membantu wanita itu melahirkan anak mereka sama ada secara terbuka di dalam hutan, gua atau berada di dalam khemah.

Seorang wanita, Audrey Bird, 25, berkata, dia memilih untuk menyertai program tersebut kerana berasa lebih bebas dan mahu dekat dengan alam ketika melahirkan anak ketiganya.

`”Pengalaman melahirkan anak di katil hospital amat teruk dan kakitangan hospital juga melayan saya tanpa rasa hormat,” katanya.

Bagaimanapun, beberapa doktor mengkritik program berkenaan kerana wanita dan bayi yang dilahirkan berdepan dengan risiko jangkitan kuman akibat keadaan persekitaran yang tidak bersih

Share:

0 comments