Header Ads

Robot Kuratas Dijual RM3.5 Juta

Robot Kuratas Dijual RM3.5 Juta
ROBOT yang diberi nama Kurata telah dibuka untuk jualan di laman belian popular, Amazon.co.jp dengan harga RM3.5 juta.

Kurata merupakan produk Suidobashi Heavy Industry, sebuah syarikat robotik di Jepun.

Melalui laman web belian tersebut, Kurata tersebut mudah untuk kawal dan boleh memuatkan seorang pemandu pada satu-satu masa.

Pembeli juga boleh memberi aksesori tambahan seperti senjata BB dan pelancar LOHAS, yang menembak botol air atau bunga api.

Menurut dailymail.co.uk, robot tersebut juga boleh dikawal menggunakan telefon bimbit melalui sistem 'Master-Slave system'.

Robot tersebut setinggi 13 kaki dan berat 4 tan - tidak termasuk pemandu.









No comments