Selamat Harijadi Hanis Ke 12 Tahun

Selamat Harijadi Hanis Ke 12 Tahun

Semalam pada 27/01/2015 adalah harijadi anak aku yang ke 12 tahun. Hanis Bte Hanif yang semakin besar dan degil...hehehehehe.

Pada mulanya macam biasa kami nak beli kek ajer tetapi dia awal-awal dah kata nak makan kat Api-Api iaitu sebuah restoran buffet tomyam yang memang popular di Melaka.

Hanis tiba-tiba teringin nak makan ke situ sebab tempoh hari aku ada makan di sana.
Sebagai meraikan birthday girl aku ikutkan kemahuannya ler lagipun dah lama tak makan bersama mak mentua dan mak aku.

Mak dia sempat beli kek dan simpan di restoran Api-Api sebagai surprise buat dia. So sebelum makan kami memotong kek untuk beliau.

Acara harijadi ini aku sambut sekali dengan kejayaaan UPKK dia mencapai 8A tahun lepas. 3 in 1 ler. Makan bersama mak dan mentua aku, harijadi Hanis dan sambutan kejayaan UPKK 8A.

Yang penting kita sebagai ibubapa mahukan anak kita tersenyum. Dan paling penting semalam anak aku kata terima kasih sebab bawa di ke sana...

Anak perempuan aku memang tahu kelemahan aku. Berat ini...hehehehee 

Entah apa sebab malam tadi gambar yang aku ambil kabur ajer...huhuhuhu. Hanya satu keping ker yang OK itupun kabur emmmm..... 

Share:

2 comments